Doa Untuk Anak Cepat Bercakap – Untuk Anak yang Lambat Bercakap.

Doa untuk anak cepat bercakap

Umur anak dah dua tahun tetapi anak masih belum pandai bercakap. Puas kita dah latih untuk anak bercakap walaupun perkataan mudah seperti “Abah” atau “Mama” tetapi anak masih tidak tahu bercakap.

Tidak mengapa, kita sudah berusaha jadi sekarang Teacher nak ajak untuk bertawakal dengan mengamalkan doa untuk anak lambat bercakap sebagai satu ikhtiar.

Anak lambat bercakap atau speech-delay adalah satu dilema yang amat merisaukan para ibubapa. Kita perlu faham, setiap perkembangan anak adalah berbeza. Kita perlu berusaha dengan melakukan aktiviti-aktiviti merangsang untuk bercakap. Di samping itu, kita juga perlu berdoa kepada Ilahi sebagai amalan semoga Allah kurniakan doa kita.

Hari ini Teacher nak kongsikan amalan doa untuk kita amalkan setiap kali selepas solat.

Doa Untuk Anak Cepat Bercakap

Doa untuk anak cepat bercakap speech delay
Doa Untuk Anak Cepat Bercakap (Surah Taha, Ayat 25-25)

Maksudnya: Wahai Rabbku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku. (Surah Taha, ayat 25-28)

Bacaan dalam Bahasa rumi:
Rabbi syrahli sodri wa yassirli amri wahlul u’qdatan min lisaani yafqahuqauli.

Dah biasa dengar doa ini kan? Amalkan membaca doa ini untuk diri sendiri serta anak supaya dilapangkan dada, dan dipermudahkan segala urusan setiap kali selepas menunaikan solat fardhu. InsyaAllah, Allah akan memakbul doa hamba-Nya yang sentiasa berusaha dan bertawakkal kepada-Nya.

Di sini Teacher nak ingatkan lagi bahawa doa ini perlu diselangi dengan usaha dari ibubapa. Anda perlu kerap berkomunikasi dengan anak tersebut supaya dapat mendorong untuk terus bertutur atau mengeluarkan ayat-ayat yang tertentu. Diingatkan juga untuk mendapatkan konsultansi dari pihak pakar untuk pemeriksaan pendengaran dan menjalani terapi. Masalah speech-delay ini boleh membawa ke umur 7 tahun dan akan memberikan kesan kepada perkembangan sosial anak anda.

Semoga ibu bapa dapat mengamalkan doa anak lambat bercakap dalam amalan harian anda. Selamat mencuba! Wallahualam.

Anda dialu-alukan untuk berkongsi atau menggunakan gambar doa untuk anak cepat bercakap di media sosial.

Share Tentang Era Kreatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *