Tadika Terbaik Di Negeri Sembilan
Tadika Era Kreatif

Tadika Era Kreatif

SSM: NS0074745-H

Tadika Era Kreatif ditubuhkan pada 2005  di Taman Kemuning, Senawang oleh guru besar Tadika Era Kreatif iaitu Teacher Aini. Tadika Era Kreatif telah dikenali dengan kualiti pengajaran yang efektif kerana setiap pelajar diberi perhatian eksklusif daripada guru-guru yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman mengajar.

Pengajaran secara individu terbukti dapat membina persefahaman erat dan fokus yang tinggi antara guru dengan pelajar. Tadika Era Kreatif mempunyai matlamat supaya semua hasil keluaran tadika cemerlang ujian LINUS dan menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Guru Besar

Aini Binti Kamarudin merupakan guru besar Tadika Era Kreatif. Beliau mempunyai Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Open Universiti Malaysia. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri prasekolah. Sepanjang berada dalam industri, beliau sentiasa mencari inovasi dan solusi untuk mendidik anak-anak bangsa dalam membina masyarakat yang cemerlang dan terbilang.

Premis Tadika Era Kreatif