Hari Pertama Persekolahan – Sesi 2019

Hari pertama persekolahan.

Lucu melihat wajah adik2 merenung gelagat kakak dan abang senior menjalani rutin perhimpunan (menyanyi lagu negaraku dan membaca doa)😂. Anak-anak diasuh untuk menyusun kasut dan meletak beg di tempat yang disediakan

Perhimpunan – Menyanyi lagu Negaraku, membaca ikrar dan Syahadah

Anak-anak dibawa melawat kawasan premis supaya mereka tahu tempat-tempat yang selamat dan tempat terlarang

Melawat Kawasan – Mengetahui tempat yang di benarkan dan yang terlarang

Makan bersama kawan adalah satu pengalaman yang baru di samping belajar adab dan sopan di meja makan. Memang anak2 yang baik! Tiada kedengaran bual2 kosong

Waktu makan

Waktu makan hari pertama, anak-anak dilatih untuk menepati peraturan dan adab yang berikut:

  • Beratur ke ruang makan
  • Mencuci tangan
  • Mengambil makanan dan minuman
  • Membaca doa sebelum makan dengan tertib
  • Membaca doa selepas makan
  • Mengumpul pinggan dan cawan di dalam besen yang disediakan
  • Bersurai ke kelas

Hari ini bermain dengan sepit, ‘threading’, merenyuk dan mengoyak kertas. Saja bagi rasa melakar kertas dengan pensil. Dah boleh tahu tahap kemahiran mereka😍

Kemahiran motor halus – ‘Fun with Peg’
Kemahiran motor halus – ‘Fun with Peg’
Kemahiran motor halus – ‘Fun with Peg’
Kemahiran motor halus – ‘Fun with Peg’

Sebelum pulang bersama2 mengutip kertas yang di koyak….baca doa pulang, doa untuk ibubapa dan doa naik kenderaan.

Penuh aktiviti satu hari…. tiada kedengaran tangis dan esak sebaliknya senyum dan tawa. Anak2 gembira, teachers pun senang hati ❤️❤️❤️

Share Tentang Era Kreatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *