Tadika Era Kreatif – Antara Tadika Terbaik di Senawang

Tadika Terbaik Di Senawang

Tadika Era Kreatif telah ditubuhkan pada Januari 2005 oleh Teacher Aini. Dalam post ini saya akan menerangkan tentang mengapa tadika Era Kreatif antara tadika yang terbaik di Senawang. Ciri-ciri tadika yang baik adalah berdasarkan beberapa faktor utama yang boleh dikategorikan berdasarkan penilaian kualitatif dan penilaian kuantitatif. Penilaian ini adalah berdasarkan penilaian SKPK (Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan) oleh JPNS dan juga penilaian berdasarkan hasil anak-anak yang keluar daripada Era Kreatif.

PENILAIAN SKPK

Yang pertama ialah dari penilaian SKPK. Penilaian ini dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan setiap tahun bagi memantau kualiti pendidikan yang diberi oleh tadika swasta tersebut.

Video di atas adalah penerangan mengenai elemen-elemen yang dinilai oleh JPNS untuk setiap tadika. Pemarkahan akan diberi mengikut elemen-elemen yang telah dirangka. Jika elemen tersebut dipatuhi, markah akan diberi. Tadika yang terbaik akan diumumkan oleh pihak Kerajaan.

Antara kandungan elemen-elemen yang dinilai adalah seperti berikut:

  1. Visi dan Misi
  2. Senarai Harta Modal dan Inventori
  3. Profil Guru
  4. Profil PPM/ Pembantu Guru
  5. Takwim, bidang tugas dan perancangan kewangan prasekolah
  6. Semakan Rancangan Pengajaran Guru
  7. Laporan Pembantu Guru / PPM
  8. Rekod Aktiviti / Program
  9. Peluang kepada Ibubapa / Penjaga

Daripada nilai-nilai elemen yang dikira, tadika yang baik akan mendapat markah yang tinggi. Ini juga adalah satu langkah dan inisiatif pihak Kerajaan dalam memastikan taraf pendidikan adalah mengikut standard yang dikehendaki.

HASIL KELUARAN TADIKA

Apakah yang dimaksudkan dengan hasil keluaran tadika? Hasil keluaran tadika ialah penilaian anak-anak yang keluar daripada Tadika Era Kreatif. Adakah anak itu boleh membaca? Adakah anak itu stabil dari sudut sosioemosi. Adakah anak tersebut mempunyai motor halus dan kasar yang baik? Adakah anak tersebut dididik dari sudut rohani dan jasmani? Penilaian yang dilakukan adalah secara holistik bagi memastikan anak tersebut cemerlang dalam menghadapi persekolahan darjah satu yang semakin tinggi taraf pembelajarannya.

Sesebuah tadika itu perlu mendidik dan memastikan anak keluaran tadika itu menguasai kemahiran membaca πŸ“– menulis ✏️ mengira πŸ”’ menaakul πŸ€”. Apakah kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan sebentar tadi? Ia ialah empat kemahiran teras dalam Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah (KSSR). Mari kita rungkaikan satu per satu apakah kemahiran yang dimaksudkan sebentar tadi.

1. Membaca

Kemahiran membaca ini adalah sangat luas dan terdapat pelbagai variasi kaedah bagi memudahkan anak anak membaca. Dan terdapat ramai juga ibubapa yang tersalah faham mengenai maksud membaca itu tersendiri. Mereka biasanya terkeliru dengan konsep mengeja. Membaca dan mengeja adalah dua perkara yang berbeza. Kemahiran teras yang perlu diterap ialah membaca. Apakah yang dimaksudkan dengan membaca? Membaca ialah membunyikan huruf-huruf yg ditulis iaitu melihat dan memahami apa-apa yg tertulis. Walhal mengeja pula ialah menyebut atau menulis huruf-huruf dalam sesuatu perkataan satu demi satu. Ini sangat penting kerana ramai yang mengajar anak-anak mereka mengeja dan bukan membaca.

Ajar membaca bukan mengeja

Kami di Tadika Era Kreatif mempraktikkan pengajaran membaca untuk anak-anak. Anak-anak dilatih untuk membaca dan memahami apa yang dibaca. Kami tidak mengajar untuk mengeja malah kami mengajar untuk terus membaca menggunakan kaedah bacaan kami yang fokus terhadap fonologi dan pemahaman.

2. MENULIS

Menulis adalah perkara yang melibatkan kemahiran motor halus dan pemahaman untuk apa yang ditulis. Anak-anak perlu dilatih untuk memengang pensel dan belajar untuk menulis abjad-abjad, nombor dan simbol-simbol asas untuk memastikan mereka boleh menulis.

Motor halus meningkatkan kemahiran untuk menulis

Di Tadika Era Kreatif, kami menggunakan pelbagai cara untuk melatih motor halus anak anak. Kaedah kami tidak bermaksud memaksa anak tersebut menggunakan pensel sahaja sepanjang hari. Kami menggunakan kaedah secara tidak terus dimana anak tersebut akan diajar membuat perkara-perkara harian seperti menuang air ke dalam jag, memasukkan manik ke dalam benang, dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ABM (Alat Bantuan Mengajar) seperti permainan dan sebagainya.

3. Mengira

Mengira adalah aktiviti yang melibatkan matematik dan pemikiran logik. Mengira tidak semestinya melibatkan nombor sahaja. Mengira adalah termasuk pengiraan bilangan (bilangan objek atau pengiraan wang).

Mengira bukan sahaja perkara melibatkan nombor

Tadika Era Kreatif menggunakan pelbagai kaedah dan alat bagi membantu untuk mengajar anak anak mengira.

4. MENAAKUL

Menaakul adalah proses semula jadi minda manusia yang sentiasa memerhati dan akhirnya menilai pro dan kontranya sesuatu subjek yang berada dalam penilaian mereka.  Para sarjana mengungkapkan penaakulan itu adalah proses kognitif sebab musabab terjadinya peristiwa atau perkara berasaskan maklumat-maklumat seperti data dan fakta.

Berdasarkan maklumat-maklumat itu kemudiannya masalah diselesaikan secara literal.   Ia juga sedikit sebanyak melibatkan proses membuat keputusan di dalam kehidupan seharian berpaksikan logik akal dan sandaran kepada impaknya  keputusan.  Menaakul, membantu murid-murid membuat inferens berdasarkan kemahiran memahami faktor sebab dan akibat.

Selama lebih 10 tahun Tadika Era Kreatif beroperasi, kami berjaya mengeluarkan anak-anak yang menguasai 4M (Membaca Menulis Mengira dan Menaakul) dan mendapat tempat dan keputusan peperiksaan yang baik apabila masuk ke sekolah rendah.

KELEBIHAN TADIKA ERA KREATIF SENAWANG

Tadika Era Kreatif mempunyai banyak kelebihan dan kami berbangga dapat menyediakan taman didikan yang menyeronokkan, selesa, selamat dan banyak fasiliti. Yang berikut adalah kelebihan yang dapat kami tawarkan di Tadika Era Kreatif:-

1. Cikgu berpengalaman lebih 10 tahun

Tadika Era Kreatif dikendalikan oleh guru-guru berpengalaman. Guru-guru di Tadika Era Kreatif mempunyai pengalaman dan sijil-sijil yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Pengalaman dan sijil-sijil ini penting bagi memastikan pembelajaran dalam kelas seiring dengan pegerakan arus pendidikan Malaysia.

Untuk menjaga kelas yang ramai, seorang guru perlu mampu untuk menjaga dan mengajar anak murid lebih-lebih lagi untuk memastikan pembelajaran yang efektif. Oleh itu, pengalaman dan kemahiran guru amat kritikal bagi melahirkan suasana pembelajaran yang terbaik untuk anak.

2. Alat Bantuan Mengajar (ABM) DIY

ABM atau lebih dikenali sebagai Alat Bantu Mengajar merupakan satu bahan yang digunakan oleh guru untuk membantu guru mengajar bagi mencapai objektif pengajaran. ABM boleh jadi sebarang alat sama ada digunakan atau dipegang oleh guru, murid mahupun sekadar dilihat sahaja.

ABM yang dibuat sendiri atau DIY sangat popular sejak dua tiga menjak ini dengan adanya media sosial dan Youtube. Kami banyak membuat ABM sendiri mengikut kesesuaian sesi pembelajaran. Dengan alat bantuan mengajar yang dibuat berdasarkan aktiviti yang dijalankan, pembelajaran akan menjadi lebih praktikal dan efektif.

3. Premis dan Fasiliti yang selesa dan lengkap

Kami memastikan premis yang kami sediakan selesa, ceria dan lengkap untuk anak-anak murid belajar.

Padang di Tadika Era Kreatif  mempunyai padang yang luas serta taman permainan untuk anak-anak berlari dan bermain di padang.

Kami juga memastikan premis adalah selamat sewaktu kelas dan selepas waktu kelas. Pintu pagar sentiasa dikunci untuk mengelakkan anak-anak keluar atau orang asing masuk. Hal ini adalah untuk memastikan tadika sebagai institusi yang selamat dan kondusif untuk pelajar.

4. Tadika Berdaftar dan diiktiraf oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS)

Setiap tadika atau prasekolah di Negeri Sembilan perlu berdaftar dengan JPNS. Terdapat banyak tadika yang tidak berdaftar dengan JPNS. Tadika yang tidak berdaftar tidak mempunyai silibus dan pelajaran yang diiktiraf oleh kementerian. Setiap guru perlu didaftar untuk layak mengajar. Tadika yang tidak berdaftar semestinya tidak mendaftar gurunya sebagai guru yang berkelayakan untuk mengajar anak.

5. Menggunakan kaedah PEMBELAJARAN one-to-one

Kaedah pembelajaran secara one-to-one sangat penting terutamanya untuk anak-anak 3, 4, 5 dan 6 tahun. Anak-anak kecil memerlukan perhatian yang sangat tinggi lebih lebih lagi dalam pembelajaran melibatkan kemahiran membaca, mengira, menulis dan menaakul. Suasana pembelajaran secara dalam kelas yang diamalkan dalam sekolah rendah sesuai apabila anak-anak sudah mahir kemahiran 4M. Untuk anak-anak yang belum mahir, kaedah belajar secara one-to-one amat sesuai dan paling berkesan.

6. Lawatan tahunan ke tempat menarik!

Tahun demi tahun kami mengadakan lawatan ke pelbagai tempat yang menarik dan informatif untuk anak. Kami mengadakan lawatan ke tempat-tempat seperti Balai Bomba, Taman Burung, Zoo dan lain-lain. Ibubapa juga dijemput untuk sertai bersama-sama dalam rombongan.

7. Pembelajaran Bahasa Mandarin

Kami membuka kelas bahasa mandarin bagi ibubapa yang ingin anak mereka belajar bahasa mandarin. Bahasa mandarin yang diajar termasuk komunikasi dan penulisan asas dalam bahasa tersebut. Kelas Bahasa Mandarin dikendalikan oleh Laoshi yang berpengalaman.

8. Menggunakan teknologi dalam pembelajaran

Kami menggunakan pelbagai teknologi untuk membantu dalam pembelajaran. Contohnya, kami akan memaparkan video-video yang berkesan menggunakan TV. Namun, kami tidak menyerahkan penggunaan teknologi semata-mata. Guru-guru akan memastikan ada interaksi antara guru dan pelajar disamping menggunakan teknologi.

Selain itu, kami juga akan menggunakan aplikasi telefon pintar untuk berkomunikasi dengan ibubapa. Kami akan membuat group whatsapp bagi memberi maklumat terkini dan membuat perbincangan di dalam group. Selain itu, kami juga akan berkongsi gambar-gambar yang menarik sepnajang aktiviti dijalankan di tadika.

9. Berpatutan untuk ibubapa

Tadika Era Kreatif menawarkan yuran yang berpatutan untuk Tadika Swasta. Kami akan memastikan ibubapa dan anak mendapat nilai yang tertinggi daripada yuran yang dibayar. Hubungi kami untuk mendapatkan struktur bayaran mengikut umur dan pakej yang dipilih.

AKHIR KATA

Untuk mendaftar ke Tadika Era Kreatif, anda boleh mengikut langkah-langkah seperti di pautan berikut.

Share Tentang Era Kreatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *