Masalah Anak Speech Delay atau Lambat Bercakap

masalah anak lambat bercakap

Anak adalah permata indah. Setiap perkembangan atau tingkah laku baharu yang dilakukan oleh anak pasti akan mencetuskan kegembiraan di dalam hati. Namun begitu, perkembangan setiap anak adalah berbeza. Antara masalah yang menjadi kerisauan ibubapa ialah masalah anak speech delay atau lambat bercakap.

Sebelum kita nak lebih tahu apakah masalah speech delay ini, mari kita lihat definisi speech delay ni apa terlebih dahulu.

Maksud Speech Delay atau Lambat Bercakap

Speech Atau Bercakap ialah komunikasi lisan dengan menggunakan bahasa iaitu cara kita mengeluarkan suara dan bunyi dari mulut

Bahasa pula secara amnya ialah cara kita memberi dan memperoleh informasi. Sama ada arahan, maklumat ataupun soalan.

Speech Delay atau Lambat Bercakap ialah masalah perkembangan anak tidak boleh bercakap atau bertutur apabila anak sudah berumur dua tahun. Ia ialah masalah biasa dalam kalangan kanak-kanak kecil malah masalah ini dialami oleh 10% kanak-kanak prasekolah.

Simtom Speech Delay

Masalah lambat bercakap boleh dipantau oleh ibubapa mengikut umur anak yang tersayang. Selalunya ibubapa akan menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti sama ada anak betul-betul mengalami simptom ini atau mungkin anak mempunyai masalah pendengaran.

Oleh itu, sila dapatkan konsultasi pakar atau doktor pediatrik jika anak anda mempunyai ciri-ciri berikut: –

  • Umur 12 Bulan: Tidak menggunakan pergerakan tubuh untuk menunjuk sesuatu atau melambai.
  • Umur 18 Bulan: Anak lebih gemar menggunakan gerak tubuh berbanding menggunakan suara atau bercakap
  • Umur 18 Bulan: Anak mempunyai masalah untuk meniru bunyi
  • Umur 18 Bulan: Anak tidak faham arahan mudah seperti “Makan” atau “Amm”, “Susu” untuk minum susu
  • Umur 2 tahun: Hanya boleh meniru bunyi atau tidak berupaya bercakap sendiri secara spontan
  • Umur 2 tahun: Anak mengulang bunyi yang sama sahaja seperti “aaa” berulang kali dan tidak boleh menggunakan apa-apa perkataan untuk memberitahu ia hendakkan sesuatu
  • Umur 2 tahun: Tidak boleh mengikut arahan mudah
  • Umur 2 tahun: Mempunyai suara yang meragukan (suara serak atau bunyi lelah)

Apakah Punca Anak Lambat Bercakap?

Masalah speech delay berkemungkinan berpunca dari:-

  • Masalah motor halus lidah. Anak tidak berupaya untuk mengawal akar otot lidah
  • Masalah anak lidah pendek (Short Frenulum). Masalah lidah pendek akan menghadkan pergerakan lidah
  • Masalah pendengaran. Anak berkemungkinan mempunyai masalah pendengaran dan tidak mendengar apa apa tuturan
Masalah motor halus lidah anak membuatkan anak sukar untuk menggerakkan lidah untuk membuat bunyi menggunakan mulut

Kebanyakan anak mempunyai masalah dalam perkembangan motor halus lidah dan mulut. Hali ini berpunca dari perkembangan otak yang berfungsi mengawal percakapan. Ini akan menyebabkan anak sukar untuk mengawal lidah, bibir, mulut dan rahang untuk mengeluarkan bunyi.

Anak anda perlu mendapat pemeriksaan lanjut dan menjalani terapi khas untuk menangani isu speech delay ini. Sila berjumpa dengan doktor anda atau membuat temujanji dengan pakar pedriatrik di klinik dan hospital berdekatan.

Anak anda mengalami masalah speech delay? Anda boleh mengamalkan doa untuk anak cepat bercakap di sini.

Kita sebagai ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mengenalpasti masalah speech delay seawal yang mungkin supaya kita boleh menghadapi masalah ini dengan cara yang terbaik. Sekali lagi, sila berjumpa dengan doktor anda atau membuat temujanji dengan pakar pedriatrik di klinik dan hospital berdekatan.

Share Tentang Era Kreatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *